Thursday, 23 June 2011

Dapat anak buah baru 21/6/2011

Pada 21/6/2011, jam 8.38 malam bertempat di Hospital Pakar Ampang Puteri, lahirlah seorang putera ke dunia. Tahniah kepada Anim Faizah dan Mohd Muniff atas kelahiran putera sulong mereka, Adri Muaz. Baru je melawat mereka waktu lunch tadi. Muaz kena kuning sket. So, duduk bawah lampu. Semoga cepat sembuh dan semoga jadi anak yang soleh. Tahniah juga kepada Hj. Azmi dan Hjh Salimah kerana menimang cucu sulong mereka.

Tuesday, 21 June 2011

Selamat Hari Lahir ke 25 Adikku

Hari ni genap 25 tahun usia adiku Shafie..Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan cepat-cepat dapat jodoh..Tak sabar nak makan nasi minyak ni..Ramai orang suka tapi memilih sangat..Jangan jadi macam aku..Umur 32 baru kahwin..Tapi nak buek camno, jodoh baru sampai waktu tu..Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kepada Allah dengan jodoh yang telah diberikan..

Untuk adikku, belajarlah menyimpan duit kalau ada niat nak kahwin tu..Sudah-sudahlah tu make-up kereta..Kalau tak camno nak tanggung anak orang kalau diri sendiri pun tak lepas..huhuhu..Bukan marah tapi nasihat dari seorang abang kepada adiknya..

Staff aku belanja makan

Assalamualaikum semua,
Ni merupakan posting saya yang pertama..tengahari ni 2 orang staff saya, Lin dan Hapiz belanja makan..Dia orang baru pass MBA..Tahniah diucapkan..Semoga lepas ni lebih korang lebih cermerlang dalam kerja dan terbuka hati untuk ambil ACCA/CIMA..Makanan ala-ala kampung memang feveret ku..Sardin mengingatkan aku kepada makanan ruji kami sewaktu tinggal bersama nenek. Tak sah kalau tak makan sardin masa tu..Hari-hari makan sardin..Arwah nenek pun cukup sabar melayan kerenah 3 orang cucu lelakinya iaitu aku, adik aku dan seorang lagi sepupu..Walau pun nenek agak garang, tapi rasa lebih berselera makan nasi dan sardin bila nenek yang menyuapnya..Kini nenek sudah meninggalkan kami lebih dari 30 tahun yang lalu..Semoga roh nenek tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin..Kenangan bersama nenek tidak akan ku lupakan...